“Konon Old Money Tapi Minta Bayar Ansuran” – Kata Berminat Nak Beli Kereta Klasik, Rupanya Andika Nak Buat Konten Saja?

Kehidupan

“Konon Old Money Tapi Minta Bayar Ansuran” – Kata Berminat Nak Beli Kereta Klasik, Rupanya Andika Nak Buat Konten Saja?

Belum reda dengan isu minta yuran seumur hidup lebih RM200 kepada peserta Old Money Malaysia, nama Andika Putera sekali lagi dipetik susulan memuat naik video test drive sebuah kereta klasik.

Test drive kereta MG untuk konten media sosial saja?

Dapat dilihat dalam video yang dimuat beberapa bulan lalu, Andika memaparkan dirinya pergi ke sebuah kereta bagi merasai sendiri pengalaman membawa kereta klasik berjenama MG.

Advertisement

Biarpun sudah beberapa bulan berlalu, Andika nampaknya masih belum membeli kereta terbabit, malah kini sibuk membuat konten ‘Old Money Malaysia’.

Minta bayar ansuran

Melalui platform Facebook, seorang individu telah meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan Andika yang menggunakan kereta klasik itu sebagai konten di platform media sosialnya.

Konon Old Money, tapi minta bayaran ansuran. Hello, jutawan Old Money beli bayar cash. Rupanya (test drive kereta) hanya untuk buat konten Old Money saja.

andika putera kerera mg

Meninjau di ruangan komen, netizen kebanyakannya berkata ‘Old Money jadian’ selalunya memang akan mengambil kesempatan seperti yang dilakukan oleh Andika.

Bahkan, ada sesetengah sempat menasihati satu sama lain untuk tidak terjebak dalam penipuan Old Money ini dan dijadikan konten di media sosial.

old money malaysia
3 hours ago

Dapat Baju Yang Tiada Dalam Malaysia, Andika Putera Kenakan Yuran Seumur Hidup RM249 Buat 'Geng' Old Money

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...