Sedia maklum, seorang individu yang dikenali sebagai CEO Helmie sering mengeluarkan kenyataan menghentam selebriti dan pempengaruh terkenal yang mengundang kemarahan sesetengah pihak.
Pempengaruh, Cik Epal tidak terlepas daripada menjadi salah seorang mangsa yang dihentam di akaun TikToknya.
Susulan itu, seorang individu tampil mempertahankan pempengaruh tersebut dengan mendedahkan sisi gelap CEO Helmie selepas dia mengeluarkan kenyataan yang dianggap sebagai jenayah seksual.
Gambar Cik Epal kau upload tanpa keizinan dia lepastu dengan penulisan kau yang macam ni (Cik Epal buah epal jual? Epal elok!), ini jenayah seksual ni.
Dalam pada itu, individu tersebut turut memberitahu bahawa CEO Helmie telah bernikah dan bercerai sebanyak 3 kali dan pernikahannya berlangsung di Thailand.
Bukan Cik Epal je yang cerai, kau pun cerai Helmi. 3 kali kau cerai. Tiga-tiga kau kahwin dekat Siam.
Kau ada anak, nafkah anak tak bagi. Kereta kau pakai tu pun polis tahan sebab tak ada roadtax. Kereta tu pun kereta bekas isteri.
Coat biru yang kau pakai tu pun kau tak bayar lagi kan? Orang minta hutang dengan isteri kau.
Individu tersebut turut memberitahu CEO Helmie telah menipu bekas isterinya dengan membuat pinjaman ke atas nama bekas isterinya.
Tidak terhenti disitu, individu itu turut berkata ini bukanlah kali pertama CEO Helmie mengeluarkan kenyataan jelik dan berbaur lucah seperti ini.
Individu tersebut turut meminta agar CEO Helmie memberikan kerjasama apabila dihubungi oleh pihak berkuasa bagi membantu kes siasatan jika dia berada di pihak yang benar.