“Konon Mahu Keluar Merokok Sekejap, Sekali Lesap Tak Bayar Makanan”

Trending

“Konon Mahu Keluar Merokok Sekejap, Sekali Lesap Tak Bayar Makanan”

Larangan merokok di kedai makan dan restoran mendapat bantahan di kalangan perokok. Namun begitu, ia bukan alasan untuk berbuat khianat pada pengusaha restoran atau kedai makan. Seorang pengguna Twitter mendedahkan, ada yang mengambil kesempatan meminta untuk merokok di luar kawasan restoran sebelum membayar harga makanan, tetapi mereka kemudiannya hilang lesap tanpa membayar untuk makanan yang dimakan.

“Sudah 10 orang bikin macam itu dari semalam.”

Ini menimbulkan kemarahan Netizen yang menyamakan perbuatan itu dengan mencuri.

Advertisement

“Jangan sampai tuhan tarik nyawa.”

“Hisap benda haram, makan benda haram.”

“Baik kau makan babi je. Sama je.”

Macam-macam cerita kedengaran setelah larangan menghisap rokok di kedai makan dikuatkuasakan.

Mungkin pengusaha kedai makan patut ambil gambar mereka yang meminta untuk keluar menghisap rokok. Kalau dia tidak muncul membayar makanan selepas keluar hisap rokok, tularkan saja wajahnya.

Atau wajibkan mereka bayar makanan di kaunter sebelum makan untuk mengelakkan mereka lari. Apa pendapat anda? – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...