Polis masih menunggu bukti kukuh berhubung dakwaan pelakon Sophia Albarakbah yang mengaku mengalami tekanan emosi akibat menjadi mangsa buli siber dan gangguan seksual.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, menyatakan bahawa keterangan Sophia sudah direkodkan selepas laporan polis dibuat, namun siasatan belum dapat diklasifikasikan tanpa bukti jelas.
Kami masih menunggu bukti kerana setakat ini beliau hanya menyatakan dakwaan tanpa bukti yang jelas.
View this post on Instagram
Ujar Ku Mashariman, siasatan akan diteruskan selepas menerima maklumat tambahan.
Sophia membuat laporan polis di Balai Polis Travers selepas mengalami gangguan siber dan seksual, terutamanya selepas memenangi Anugerah Selebriti Feminin Terhangat pada Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025.
Peguamnya, Aizat Izuan Shakeel, menyatakan laporan polis adalah langkah terakhir yang diambil Sophia untuk menangani impak terhadap kesihatan mental dan kerjaya seninya.