Kecoh sebelum ini di TikTok mengenai seorang wanita yang memuat naik beberapa hantaran meminta seorang lelaki yang didakwa suaminya untuk pulang ke rumah.
Perkongsian itu kemudiannya menjadi tular dan menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan warga maya.

Terbaru, lelaki berkenaan, yang dikenali sebagai Cikgu Hilmi tampil menyangkal dakwaan dan cerita wanita itu selain menafikan mereka adalah suami isteri dan segala cerita yang tular itu hanyalah khayalah wanita itu semata-mata.
Menurut Hilmi, dia mula diganggu wanita itu bermula tahun 2020 yang lalu ketika dia masih belajar di UIAM Gombak.
Ujarnya, dia tidak pernah rapat dengan wanita itu namun diganggu dari segenap sudut di media sosial setelah Hilmi menyekat akaun wanita itu di Instagram.
Wanita itu dikatakan sering menghantar mesej ‘syok sendiri’ dan turut menganggu Hilmi di tempat kerja. Meskipun laporan polis sudah dibuat, namun tiada tindakan dibuat sehingga ia berlanjutan sampai saat ini.
Hilmi menerusi TikTok turut memuat naik video saat dia diganggu wanita itu ketika berada di perpustakaan.
Dia juga turut membuat surat penafian dari peguam yang bertujuan menafikan segala dakwaan wanita itu bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.