“Konon Hangpa La Kawan Terbaik, Tapi Apa Hangpa Buat Untuk Bela Waris Arwah Abam?” – Netizen Persoal Sahabat Biar Ali ‘Kacau’ Hidayah

Hiburan

“Konon Hangpa La Kawan Terbaik, Tapi Apa Hangpa Buat Untuk Bela Waris Arwah Abam?” – Netizen Persoal Sahabat Biar Ali ‘Kacau’ Hidayah

Nama pelawak Ali Puteh menjadi bualan hangat warganet di media sosial gara-gara dakwaannya terhadap balu Abam, Hidayah Ali yang menghantar sihir.

Bagaimanapun, Hidayah kemudian memberi respon dan bertanya mengapa video itu dipadam dan menggesa Ali untuk percepat proses bayaran RM60,000 kepadanya.

Advertisement

2 years ago

"Ada Ke Dia Tanya Bil Api, Air Sepanjang 3 Tahun Kita Jaga Rumah Tu?" - Ali Disindir Netizen Sebab Persoal Hidayah

Gara-gara sengketa ini yang berlarutan, ramai netizen menyindir Ali dan turut mengkritiknya kerana melayan balu arwah abangnya itu sebegini.

Seorang individu turut menceritakan tentang Ali suatu ketika dahulu yang pernah hubungi untuk berjumpa kerana tidak berpuas hati.

Difahamkan, lelaki itu memberikan komen tentang Ali ketika Abam baru meninggal dunia, 3 tahun lepas.

Bukan itu sahaja, dia dan warganet yang membaca coretannya di Twitter turut mempersoal tentang rakan-rakan baik arwah yang dikatakan tidak ambil peduli tengah balu dan anak arwah selepas kematiannya.

Soal mereka, mengapa sahabat-sahabat arwah ini tergamak membiarkan waris arwah diganggu oleh Ali dan masih boleh berkawan serta bergurau senda dengan pelawak itu.

Konon hangpa la kawan terbaik Abam. Tapi apa hangpa buat untuk bela waris sah arwah? Biar dia kena kacau dengan Ali? Hangpa pula boleh layan buat job bertepuk tampar dengan dia (Ali). Betul ke korang kawan baik Abam?”

Rata-ratanya memberi kritikan terhadap tindakan Ali yang seperti tidak memudahkan urusan faraid dan melabelnya tamak harta.

Apatah lagi, dakwa netizen arwah banyak membantunya ketika masih hidup dan kini dia seolah-olah menagih harta pusaka peninggalan Abam.

Wallahualam. Tak mahu masuk campur lebih-lebih tapi harap urusan Hidayah dan anaknya, Hamzah bersama keluarga arwah cepat selesai dan dipermudah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...