Konon Diliw*t Sejak Kecil, Wanita Dedah Sikap Sebenar Pelakon Lelaki – “Kau Tu Penagih, Kaki Pukul..”

Viral

Konon Diliw*t Sejak Kecil, Wanita Dedah Sikap Sebenar Pelakon Lelaki – “Kau Tu Penagih, Kaki Pukul..”

Seorang wanita mencuri perhatian netizen selepas memuat naik satu luahan panjang di media sosial yang mendedahkan dakwaan mengenai sifat sebenar seorang pelakon lelaki.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, kenyataan tersebut dipercayai ditujukan kepada seorang pelakon selepas wanita berkenaan mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual sejak kecil.

Advertisement

Luahan itu turut menyentuh pengalaman pahit melibatkan keluarganya yang didakwa pernah dihina dan dilayan dengan kasar oleh individu berkenaan.

Menurut wanita itu, ibu bapanya bukan sahaja dihina, malah bapanya dikatakan hampir dibaling kerusi sehingga memberi kesan emosi yang mendalam dan menyebabkan mereka jatuh sakit.

Pelakonlelaki

Dalam perkongsian sama, wanita tersebut turut membuat beberapa dakwaan lain terhadap pelakon berkenaan, termasuk mendakwa individu itu mempunyai masalah ketagihan, bersikap tidak bertanggungjawab dalam urusan kerja serta meninggalkan rakan-rakan untuk menyelesaikan tugasan seorang diri.

Dia juga mendakwa pelakon tersebut masih mempunyai hutang yang belum dilunaskan sehingga kini, termasuk melibatkan wang miliknya, rakan-rakan serta isu sewaan rumah.

“Kau tu penagih, nak panggil gangster cari aku, belum masuk kau syirik lagi kan, aku kalau kau tak ganggu aku, aku diam je. Sebab kau ni menyemak. Rupanya nak bg hint nak hype.

“Hutang aku bayar dulu baru kau pikir nak glemer. Belum masuk gambar gbar org send kat aku masa diorg kena pukul 🤣 adoi la. Duit aku bila nak bayar ! Takkan 2026 buat comeback lepas lama kau mampos dengan acah acah asyuk tapi hutang org duit org x bayar? Duit rumah kawan kau bila nak setle?,” tambahnya.

Luahan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ramai mempersoalkan kebenaran dakwaan yang dibuat serta meminta agar sebarang tuduhan serius disalurkan melalui saluran undang-undang yang betul.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Vivy Yusof
2026-01-14 14:04:42

Vivy Yusof Lancar Produk Berasaskan Kesihatan, Pengikut Teruja Nak Beli - "Sentiasa Berinovasi"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...