‘Konon Berhemah, Tapi Sebenarnya Langgar Undang-Undang ‘ – Isu Buang Barang Rumah, Akberdin Maklum Dr Fie Ambil Tindakan Sivil Terhadap Nubhan

Hiburan

‘Konon Berhemah, Tapi Sebenarnya Langgar Undang-Undang ‘ – Isu Buang Barang Rumah, Akberdin Maklum Dr Fie Ambil Tindakan Sivil Terhadap Nubhan

Peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir mengesahkan Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek akan memfailkan tindakan sivil terhadap bekas suaminya, Nubhan, susulan dakwaan pecah masuk rumah dan mengeluarkan barangan tanpa kebenaran.

Dr Afifah yang kini berada di luar negara dijangka membuat laporan polis sebaik pulang ke Malaysia esok.

Advertisement

“Fitnah, Barang-Barang Dr Fie Dialih Kemas Dan Teratur” – Peguam Nubhan

“Dr Afifah akan ambil tindakan sivil untuk ganti rugi kerana dia (Nubhan) melanggar undang-undang. Sesiapa pun, sama ada suami atau pemilik rumah, kalau sudah ada orang tinggal di rumah itu sebagai penghuni, dia tak boleh suka-suka pecah masuk atau keluarkan barang tanpa kebenaran.

“Tambah pula, dia tahu bekas isterinya sedang tuntut harta sepencarian di mahkamah. Anak-anak pula hendak tinggal di mana? Sepatutnya dia kena benarkan bekas isteri dan anak-anak terus tinggal di situ sehingga mahkamah buat keputusan.”

“Kemudian pihaknya beri gambaran seolah-olah dia buat secara berhemah. Sedangkan, perbuatan itu jelas salah dan melanggar undang-undang. Sekarang ini kami boleh saman kerana dia (Nubhan) pecah masuk rumah dan keluarkan barang tanpa izin penghuni dan tanpa perintah mahkamah.”

“Perkara ini juga melanggar Seksyen 7 dan 8 Akta Relief Spesifik,” katanya kepada BH Online di sini, hari ini.

Akberdin turut menegaskan bahawa Dr Afifah mempunyai hak untuk terus menghuni kediaman tersebut selagi prosiding tuntutan harta sepencarian masih berjalan di mahkamah.

akberdin dr fie

Jelas beliau, mengikut Seksyen 7 dan 8 Akta Relief Spesifik, mana-mana pihak termasuk pemilik harta tidak dibenarkan memasuki atau mengambil alih harta tak alih tanpa perintah mahkamah.

“Sepatutnya, dia benarkan bekas isteri masuk balik dan kalau hendak ambil barang, kena mohon. Tetapi, dia ambil kesempatan ketika anak guam saya tidak berada di Malaysia. Cara dia buat memang salah. Dia tak boleh masuk keluarkan barang-barang dan kemudian tukar kunci pula.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-12-30 12:52:56

"Fitnah, Barang-Barang Dr Fie Dialih Kemas Dan Teratur" - Peguam Nubhan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...