Satu video temubual Kak KM yang tular baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi apabila beliau berkongsi mengenai wang yang dibayar untuk anaknya kembali daripada latihan SQ dan tidak meneruskan latihan tersebut.
Dalam temubual tersebut, Kak KM mengungkapkan bahawa anaknya sebenarnya mendapat pekerjaan di SQ terlebih dahulu, namun memilih untuk tidak teruskan latihan kerana alasan tertentu.
Reaksinya semakin mencetuskan kemarahan apabila dia menyatakan,
Apa hal kau nak marah-marah anak aku. Kau salah orang, tak kenal kita siapa.
Lebih mengejutkan, Kak KM turut berkata,
Yelah, orang sana mana tahu siapa kita.
Kenyataan tersebut disambut kecaman netizen, terutamanya tentang sikapnya yang dianggap sombong. Ramai yang berpendapat di Singapura, pekerjaan tidak melihat pangkat dan semua orang diperlakukan sama.
Tak kurang juga di ruangan komen, ada yang mendakwa kru kabin penerbangan berkenaan mendedahkan anak Kak KM sebenarnya tidak melepas saring pertama temuduga berkenaan namun tiada kesahihan dapat dipastikan.