Kongsikan Kenangan Bersama Ibu Anda Yang Tercinta

Hiburan

Kongsikan Kenangan Bersama Ibu Anda Yang Tercinta

Korang masih ingat lagi tak video yang menyentuh hati dumil mama yang Abang Nara kongsikan dalam entri yang lepas? Ala yang video kat bawah nie.

Advertisement

Bila Abang Nara tengok balik video tu, tersentuh jugak jiwa kacak ini. Teringat insiden hari pertama Abang Nara masa masuk sekolah darjah satu. Punyalah takut duduk dalam kelas yang kita tak kenal sesiapa kat situ tapi lepas Abang Nara tinjau kat luar dan nampak muka mak yang setia menunggu, lega sikit rasa hati. Tapi tu kejadian masa hari pertama darjah satu la.

Bila masuk sekolah menengah, Abang Nara dapat peluang untuk belajar di asrama. Moment ni pun memang Abang Nara ingat. Punyalah sedih tengok parents kita balik tapi kita kena tinggal duduk di hostel, rasa macam takkan jumpa lagi je parents masa tu. Padahal minggu depan parents dah datang balik nak jenguk Abang Nara. Kali pertama nak duduk asing dengan parents la katekan.

Itu belum cerita masa pergi belajar Korea dulu. Seminggu mesti call mak 2 3 kali. Sepanjang 7 tahun kat sana, memang teringin sangat nak mak Abang Nara datang melawat Korea. Dan akhirnya impian itu tercapai jua. Seronok tengok mak Abang Nara dapat berjalan dan melawat tempat belajar Abang Nara.

dumil mama

Bila dah dewasa ni baru Abang Nara perasan betapa banyaknya pengorbanan ibu bapa kita pada anak-anak. Lagi- lagi Abang Nara sendiri bakal merasakan detik menjadi ayah tak lama lagi. Kalau boleh semua ibu bapa nak bagi yang terbaik untuk anak-anak mereka dan sebagai anak kita kenalah tunjukkan yang kita menyayangi dan menghargai pengorbanan mereka.

seoul

Satu panggilan telefon pun Abang Nara percaya boleh buatkan ibu bapa kita gembira. Ape kata korang share kat ruang komen pengalaman yang korang paling ingat bersama ibu masing-masing?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...