Emma Maembong yang kini sarat hamil dilihat telah memuat naik foto memaparkan perkembangan terkini menunjukkan wajahnya yang semakin mengembang.
Pelakon yang semakin berseri setelah disahkan hamil itu telah mengemaskini perkembangannya itu menerusi instagram peribadi miliknya, baru-baru ini. Dalam pada itu, Emma turut melakukan ulasan beberapa produk berupa aksesori telefon bimbit dan juga pakaian ibu mengandung di dalam foto tersebut.
Namun begitu, netizen lebih tertumpu kepada telefon bimbit yang digantung di leher Emma Maembong.
Sesetengah peminat di luar sana telah bertindak menegur Emma supaya tidak meletakkan telefon bimbit berdekatan perutnya yang sarat kerana bimbang bayi yang dikandungnya terkena radiasi yang kuat.
Dalam pada itu, ramai juga yang memuji Emma yang semakin comel meskipun wajahnya semakin ‘mengembang’ ketika berbadan dua.
Mengimbas kembali, Emma telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya, Muhammad Shazli Azhar yang merupakan seorang juruterbang pada 20 Februari yang lalu. Emma dijangka bakal melahirkan anak sulungnya itu pada November ini.