July 10th, 2020

Bertindak mendedahkan dirinya dan kekasih hati Nizam Zaidi bagai melalui proses susah dan senang bersama, dari menaiki motorsikal ke kereta, pelakon Nonny Nadirah akui tidak pernah berputus asa dalam hidup meskipun wang di dalam poketnya hanya ada RM10.

nonny nadirah niezam zaidi ditegur netizen naik motorsikal tiada halal gap

Menurut Nonny, rajin bersedekah, utamakan keluarga dan bantu sesame manusia merupakan kunci kejayaan dalam kehidupan seseorang manusia.

“Dari grab ke motor,berhujan pakai plastik sampah. Alhamdulilah sekarang dah ada transport balik. Terima kasih buat sahabat-sahabat semua yang banyak membantu kami.”

Nonny menerusi sebuah posting di Instagramnya memuat naik rakaman video sedang membonceng motorsikal yang ditunggang oleh Nizam.

Namun, seperti sudah dijangka, wujud segelintir pengikutnya di laman berkenaan seakan tidak gemar melihat Nonny membonceng motorsikal itu bersama seorang lelaki bukan muhrim dan meminta Nonny menjaga batas-batasnya.

View this post on Instagram

Dari grab ke motor,berhujan pakai plastik sampah, alhamdulillah now dah ada transport balik. Thank you buat sahabat2 semua yg byk membantu kami. . Walau ada RM10 dlm poket jgn pernah give up sbb rezeki Allah yg bagi. INGAT TU!! JANGAN PERNAH GIVE UP!! Teruskan dgn rajin bersedekah, utamakan keluarga, bantu sesama kita dan tengok MAGIC yg akan berlaku dlm kehidupan korang. . Allah tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan mereka. SesungguhNya Allah tau kamu mampu, Redha dan sentiasa berserah kpd Allah swt. Biar orang buat kita jgn kita buat orang. Allah tarik si biru, si putih dtg menjelma. Bukan si putih saja malah ada yg offer utk transport ke dua. Tapi kami dah cukup happy dgn siputih, jgn tamak, bersyukur dgn apa yg ada. Jangan cari Dia di masa susah sahaja, Dikala gembira tetaplah beringat, Dia lah pemberi segala nikmat didunia. Bila kamu jaga Allah, Allah akan jaga kamu, Allah maha baik. . Thru ups and down, Thank you so much tiger @niezamzaidi ♥️ . Nikmat apa lagi yg kau dustakan? 🦋 #motivasihijrah #berhijabbukanpenutuprezeki #hijrahkearahyglebihbaik #roadtohalal #silasusunstrategi

A post shared by 🦋 Nonny Nadirah 🦋 (@nonnynadirah) on

Nonny bagaimanapun tampil memohon maaf kepada semua yang tersinggung dan kurang senang melihat perkongsian tersebut.

“Sejujurnya saya tiada niat pun nak menunjuk atau sengaja nak minta orang puji. Bukan saja suka-suka pun nak muat naik video tersebut.”

nonny nadirah niezam zaidi naik motorsikal tiada halal gap

Untuk rekod, Nonny yang sebelum ini telah bercerai dengan bekas suaminya Mustain Adnan pada tahun 2019 dikhabarkan telah mula menjalin cinta bersama Niezam sekitar sejak Mei lalu, malah tidak segan mengakui bakal mengakhirinya dengan ikatan yang sah tidak lama lagi.

Sumber: mStar


One response to “Kongsi Video ‘Sweet’ Bonceng Motor Niezam Zaidi, Nonny Nadirah Ditegur Tak Jaga ‘Halal Gap’”

  1. Anonymous says:

    Captions semua bukan main. Tapi benda basic macam halal gap pun?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...