Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Hidayah,33, baru-baru ini ada berkongsi sebuah video sambutan hari lahirnya bersama jejaka istimewa.
Dalam hantaran tersebut, Hidayah kelihatan ceria disamping jejaka misteri yang wajahnya ditutup dengan emoji itu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil mendoakan yang terbaik buat ibu tunggal anak satu itu agar dikurniakan jodoh setelah 5 tahun bergelar balu.
Hidayah sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama pelawak Abam pada 8 Disember 2017.
Namun begitu, Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 di usia 32 tahun lalu meninggalkan Hidayah bersama anak mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 4 tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.