Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kongsi Video Pre-Wedding Tak Jadi, Lia Natalia Akui Terpaksa Senyum Dalam Duka

Pelakon Lia Natalia baru-baru ada berkongsikan video sekitar penggambaran ‘pre-wedding’ di ruangan Instagram miliknya meskipun perkahwinannya sudah pun dibatalkan di atas sebab-sebab tertentu.

Lia Natalia Sumber : Google  

Ujar Lia, dia berkongsikan video tersebut hanyalah bertujuan untuk memberi semangat kepada semua wanita yang mengalami nasib yang sama sepertinya.

Advertisement

Dia yang ditemui media mengulas lanjut mengenai perkahwinan yang dibatalkan pada saat akhir itu bukanlah pengakhiran kepada sebuah kehidupan namun hanyalah permulaan untuk dirinya menjadi lebih matang.

“Video pre-wedding tu dah shoot bulan September tahun lalu, saya siarkan juga untuk beri semangat kepada wanita-wanita lain. Ini kerana ramai yang mesej dan tanya bagaimana saya kuat, bagaimana boleh happy go lucky, bagaimana boleh seperti tiada masalah..”

Meskipun begitu, bagi pelakon drama Pinjamkan Hatiku ini, dia mengakui merasa sebak ketika sesi rakaman suara latar kerana menyedari tiada siapa pun yang bergelar wanita inginkan perkara seperti ini terjadi.

“Tiada wanita nak benda ini terjadi, benda dah rancang tapi tak jadi. Saya beranikan diri untuk keluarkan video itu, saya nak semua wanita kuat, jangan cepat putus asa dan teruskan kehidupan.”

Advertisement

Terdahulu, kisah percintaan yang khabarnya akan ke jinjang pelamin antara Lia dan bekas kekasihnya itu putus di tengah jalan. Difahamkan juga, kewujudan orang ketiga menjadi punca retaknya perhubungan Lia dan jejaka yang dikenalinya sejak setahun yang lalu.

Lia atau nama sebenarnya Alia Afiqah Abden,29, sebelum ini ada memberitahu media bahawa dia dan lelaki itu sepatutnya mendirikan rumah tangga pada Disember 2020. Malah, dia juga terpaksa menanggung kos kerugian hampir RM50,000 yang merangkumi tempahan lokasi, hantaran, tiket penerbangan dan penggambaran pra-perkahwinan yang diadakan di Langkawi, Kedah pada September lalu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    February 19, 2021 at 2:22 pm

    ingat photoshoot iklan sabun mandi tadi. kemain berendam

Loading...
To Top