Kongsi Video Menari Di TikTok, Dafi Kena ‘Bahan’ Dengan Netizen – “Bakat Terpendam Yang Patut Dipendam”

Hiburan

Kongsi Video Menari Di TikTok, Dafi Kena ‘Bahan’ Dengan Netizen – “Bakat Terpendam Yang Patut Dipendam”

Selepas lama tidak melibatkan diri dalam dunia hiburan, penyanyi dan pelakon, Dafi membuat kemunculan di media sosial dengan berkongsi video menunjukkan bakatnya dalam menari.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Bin Ismail Sabri dilihat menari lagu Lantaklah oleh kumpulan XONE.

Advertisement

Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah apabila penyanyi berusia 34 tahun itu kerap menjelirkan lidahnya ketika menari.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat aksi lincahnya menari lagu tersebut dan meminta dia untuk menyimpan sahaja bakat tersebut.

Seperti tidak mengendahkan komen netizen, Dafi sekali lagi memuat naik video memaparkan dirinya menari lagu remix Give It To Me x Say It Right nyanyian Nelly Furtado, Timbaland dan Justin Timberlake.

Meninjau di ruangan komen, anak lelaki kepada Perdana Menteri ke-9 Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob itu dibahan netizen yang meminta agar dia mencari pekerjaan lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

erra salam awie
1 year ago

"Artis Boleh, Peluk Cium Pun Boleh" - Salam Awie Masa Majlis Buka Puasa, Tindakan Erra Fazira Dikritik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...