Video masakannya sering mencuri tumpuan ramai pengikut di media sosial terutamanya Instagram dan rata-ratanya selalu memuji Datin Paduka Eina Azman kerana melayani kehendak suami dengan baik.
Bukan itu sahaja, kehidupan seharian Eina bersama anak kembarnya juga membuatkan ramai suka melihat perwatakan cerianya dan menjadikan dia sebagai idola.
Pendek kata, sebut sahaja Eina Azman ini pasti orang akan teringatkan video masakannya dan kehidupan keluarga yang bahagia.
Namun, video yang dimuat naik oleh pelakon berusia 28 tahun itu di akaun TikTok malam tadi mengundang rasa bimbang ramai pengikutnya.
Menerusi rakaman tersebut, Eina dilihat sedang menangis dan turut meletakkan emoji hati yang sedang retak serta ayat bahasa Inggeris yang menyentuh tentang ‘tidak dihargai’.
Jika seseorang tidak menghargai kehadiran anda, buatlah mereka hargai ketiadaan anda.”
Video tersebut membuatkan sesetengah individu tertanya-tanya dan mencetuskan spekulasi sama ada ayat itu ditujukan kepada seseorang.
Namun, disebabkan ayat itu dimuat naik dalam video yang turut menunjukkan dirinya mengalirkan air mata, ia membimbangkan ramai netizen.
@einaazman13 ???
? Only Love Can Hurt Like This (Slowed Down Version) – Paloma Faith
Sesetengah netizen bertanya tentang keadaannya namun dalam pada itu, ramai yang berharap agar tangisan Eina tiada kena mengena dengan masalah rumah tangganya bersama Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Singh atau kerana orang ketiga.
Sementara itu, segelintir individu mendoakan agar Eina dan suaminya kekal bahagia dan tidak diganggu dengan ujian yang berat.