Kongsi Video Masak, Elisya Sandha Dikritik Tak Reti Potong Limau – “Kena Belajar Dengan Sheila Rusly”

Hiburan

Kongsi Video Masak, Elisya Sandha Dikritik Tak Reti Potong Limau – “Kena Belajar Dengan Sheila Rusly”

Beru-baru ini, pelakon Elisya Sandha telah memuat naik video masakan di laman Instagram miliknya.

Menerusi video tersebut, pelakon berusia 24 tahun itu dilihat memasak mi goreng segera seperti yang diminta oleh suaminya, Uzair Haqimy.

Advertisement

Dia minta biasa kita bagi special… Kalau tak sayang, tak tahu la ek.

Namun, lain pula yang menjadi perhatian orang ramai apabila limau yang diletakkan sebagai hiasan di atas pinggan tersebut dipotong dengan cara yang salah.

Meninjau di ruangan komen, ada segelintir pengguna Instagram yang menegur cara pemotongan limau seperti itu akan menyebabkan ianya sukar untuk diperah.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang meminta adik kepada Fasha Sandha itu untuk menuntut ilmu memasak dengan ibu mentuanya, Sheila Rusly.

Bagaimanapun, ada juga yang memberi sokongan kepada Elisya untuk teruskan belajar memasak dan mengabaikan segala kritikan netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel yang berkaitan pada pautan di bawah.

1 year ago

"Perlu Ke Jerit? Kau Bukan Gordon Ramsay" - Didakwa 'Rude', Sheila Rusly Teruk Dihentam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...