Kongsi Video Di TikTok, Netizen Perli Tudung Aprena Manrose Dah ‘Terbang’ – “Circle Dia Tu Tak Sihat…”

Hiburan

Kongsi Video Di TikTok, Netizen Perli Tudung Aprena Manrose Dah ‘Terbang’ – “Circle Dia Tu Tak Sihat…”

Aktres Aprena Manrose mendapat perhatian dan menerima kritikan warganet selepas berkongsi video bersama saudaranya termasuklah Nelydia Senrose dan rakannya ketika percutian mereka.

Menerusi rakaman yang dikongsikan di TikTok itu, Aprena menggayakan kain dan baju lengan panjang berserta aksesori rantai.

Advertisement

Namun, Aprena meraih perhatian apabila dia tidak memakai tudung dan hanya menutupi rambutnya menggunakan topi serta bahagian lehernya terdedah.

Akhirnya terbang juga tudung Aprena.

@aprenamanrose_official Talian darah 🫦 @Nelydia @Amiesyha Ismail #bloodsisters #bali #fyp #fyppppppppppppppppppppppp ♬ bloodline – nick ୨୧

Hantaran itu menerima pelbagai komen netizen terutamanya tentang Aprena yang dikatakan sudah tidak lagi memakai tudung.

Sesetengah individu berpendapat circle mereka membuatkan usaha menutup aurat menjadi lebih susah apatah lagi sebelum ini saudaranya, Uqasha dan Nelydia Senrose juga pernah bertudung sebelum kembali free hair.

Hilang dah tudung. Circle dia tak sihat. Memang susah nak istiqomah.

komen netizen TikTok komen netizen TikTok komen netizen TikTok komen netizen TikTok

Dalam pada itu, beberapa netizen berharap agar kakaknya yang juga pelakon, Octovia Manrose tidak mengikuti jejak langkah saudara mara perempuannya yang kembali free hair.

Ini bukanlah kali pertama nama Aprena Manrose menjadi sebutan disebabkan isu yang sama. Sebelum ini, peminat sudah mulai meluahkan rasa kecewa apabila aktres itu dilihat perlahan-lahan menggayakan tudung yang singkat.

Aprena manrose buka tudung
6 months ago

"Ada Yang Terbang Tapi Bukan Burung.." - Peminat Kecewa Aprena Manrose Tanggal Tudung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...