Kongsi Video Di Gimnasium, ‘Outfit’ Mimi Lana Teruk Dikecam Netizen – “Tak Sangka Syafiq Kyle Nak Perempuan Macam Ni”

Hiburan

Kongsi Video Di Gimnasium, ‘Outfit’ Mimi Lana Teruk Dikecam Netizen – “Tak Sangka Syafiq Kyle Nak Perempuan Macam Ni”

Pelakon jelita Mimi Lana, sering berkongsi aktiviti senaman yang dilakukannya bersama peminat dan pengikutnya di Instagram.

Bagaimanapun, acap kali pelakon berusia 27 tahun ini memuat naik hantaran sebegitu pasti dia akan menerima kecaman tentang pakaian riadah yang digayakannya.

Advertisement

1 year ago

"Manusia Akhir Zaman, Asalkan Duit Masuk" - Jadi Model Untuk Jenama Pakaian Antarabangsa, Mimi Lana Dikecam Berpakaian Seksi

Seperti hantaran Mimi di Instagram baru-baru ini di mana dia berkongsi video menunjukkannya sedang menggunakan beberapa alatan gimnasium ketika beriadah.

Menerusi hantaran tersebut, Mimi yang memakai seluar pendek bersama singlet sukan itu mengucapkan ‘Selamat Tahun Baru’ kepada semua pengikutnya.

Meskipun ramai memberikan respon positif namun ruangan komen pada hantaran tersebut juga dipenuhi dengan warganet yang meluahkan rasa kurang senang.

Rata-ratanya menegur dan menasihati Mimi agar menggayakan pakaian yang lebih sopan kerana dia dikatakan sering berseluar pendek sehingga menampakkan pahanya ketika beriadah.

Malah, ada yang mencadangkan agar Mimi tidak memuat naik gambar seksi sekiranya dia tidak boleh berpakaian dengan lebih tertutup.

Kalau kita tak boleh berubah sepenuhnya menutup aurat, jangan la upload gambar macam tu sis.”

Sebelum ini, sekitar hujung tahun lalu penampilan teman wanita Syafiq Kyle ini dikritik hebat oleh warganet gara-gara menjadi model mempromosikan pakaian dalam jenama mewah antarabangsa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...