Pelakon jelita Mimi Lana, sering berkongsi aktiviti senaman yang dilakukannya bersama peminat dan pengikutnya di Instagram.
Bagaimanapun, acap kali pelakon berusia 27 tahun ini memuat naik hantaran sebegitu pasti dia akan menerima kecaman tentang pakaian riadah yang digayakannya.
Seperti hantaran Mimi di Instagram baru-baru ini di mana dia berkongsi video menunjukkannya sedang menggunakan beberapa alatan gimnasium ketika beriadah.
Menerusi hantaran tersebut, Mimi yang memakai seluar pendek bersama singlet sukan itu mengucapkan ‘Selamat Tahun Baru’ kepada semua pengikutnya.
Meskipun ramai memberikan respon positif namun ruangan komen pada hantaran tersebut juga dipenuhi dengan warganet yang meluahkan rasa kurang senang.
Rata-ratanya menegur dan menasihati Mimi agar menggayakan pakaian yang lebih sopan kerana dia dikatakan sering berseluar pendek sehingga menampakkan pahanya ketika beriadah.
Malah, ada yang mencadangkan agar Mimi tidak memuat naik gambar seksi sekiranya dia tidak boleh berpakaian dengan lebih tertutup.
Kalau kita tak boleh berubah sepenuhnya menutup aurat, jangan la upload gambar macam tu sis.”
Sebelum ini, sekitar hujung tahun lalu penampilan teman wanita Syafiq Kyle ini dikritik hebat oleh warganet gara-gara menjadi model mempromosikan pakaian dalam jenama mewah antarabangsa.