Seakan kembali mencuri tumpuan umum, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini seolah terpalit lagi dengan spekulasi bahawa dirinya telah hamil anak kedua.
Biarpun masih menjadi tanda tanya adakah benar Siti atau lebih mesra disapa dengan panggilan Tokti ini sudah berbadan dua, namun bentuk fizikalnya sering kali diragui peminat kerana ramai yang beranggapan bahawa ibu kepada Siti Aafiyah ini telah hamil sekali lagi.
Hal ini demikian kerana, meninjau ke laman Twitter, seorang pengguna laman tersebut tampil berkongsikan video daripada Insta Story Tokti yang memaparkan penyanyi itu sedang merakamkan hidangan nasi arab yang diterima.
https://twitter.com/inialannn/status/1330768165333155843?s=21
Bagaimanapun, bukan makanan itu yang dilihat peminat. Hal ini kerana, rata-rata netizen seakan terlihat bayangan seperti baby bump di dalam video tersebut dan bersetuju bahawa berkemungkinan besar Tokti kini sedang hamil anak kedua.
Malah, beberapa lagi Insta Story yang dimuat naik kembali di laman tersebut seakan menguatkan lagi andaian netizen bahawa Siti Aafiyah bakal mendapat adik tidak lama lagi.
Meskipun Tokti masih belum memberi pengesahan lanjut berkenaan hal tersebut, namun tidak dapat dinafikan, rata-rata warganet amat gembira andai berita baik itu benar-benar terjadi.
Terdahulu, sekitar September lalu, tular di media sosial apabila aksi spontan Aafiyah yang beberapa kali cuba untuk mencium perut Tokti mengejutkan para peminat seolah memberi gambaran bahawa pelantun lagi Biarlah Rahsia itu kini sedang mengandung zuriat kedua.