Written by Bella | May 6th, 2019

Sejak beberapa bulan lalu, hangat diperkatakan tentang status rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila yang bergolak apabila mereka saling memuat naik status di Instagram seakan memerli antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, kedua-duanya tidak lagi memuat naik foto bersama mahupun mengucapkan kata-kata cinta.

Terbaru, Noor Nabila ada memuat naik video beliau mendukung anak lelakinya, Jebat Jayden yang pertama kali menyebut perkataan ‘Baba’. Turut kedengaran suara Sharnaaz bermain dengan anaknya.

Rata-rata netizen gembira dan syukur apabila hubungan pasangan ini sudah kembali pulih. Berkat bulan Ramadhan yang mulia ini. Mereka mendoakan agar Sharnaaz dan isterinya itu akan kekal bersama sehingga ke akhir hayat.

Berita yang amat baik untuk permulaaan bulan Ramadhan ini. Kami juga mendoakan agar Sharnaaz akan terus berbahagia bersama isteri tercinta dan anak mereka. Biasalah, dalam rumah tangga pasti ada pasang surutnya tetapi jangan mudah putus asa menghadapi segala dugaan dan terus mempertahankan cinta sejati dan kasih sayang.

8 responses to Kongsi Video Bergurau Bersama Anak, Sharnaaz Ahmad Dan Isteri Sudah Berbaik?

  1. Anonymous says:

    Netizen ni suka sangat menyibuk. Bila post gembira kata dah berbaik dan bila post benda sedih kata dah berpisah la bagai. Suka buat andaian sendiri. Lantak mereka dan keluarga mereka la. Biarlah mereka hidup sepertimana yang mereka hendak. Jangan jadi busybody sangat.
    Beautifulnara pun sama benda2 macam ni pun nak update…baik update mengenai Palestin yang kena serang oleh Israel tu kan lagi baik. Hal rumah tangga orang tak yah sibuk nak update bagai.

    • Anonymous says:

      Dah tau Beautifulnara ni blog hiburan & gosip yg takde paedah, kenapa masuk sini? Kalau nak update tentang Palestin atau perkara-perkara ilmiah yang lain, sila lah ke blog-blog yang sepatutnya.

    • Anonymous says:

      Macamana la netizen ni tak menyibuk. Kalau tak nak org menyibuk, jadi macam kau anonymous 11:19am. Orang tak peduli apa2 pasal kau pun. IG kau pun orang tak heran.

      Ini diaorg celebrities. Rajin upload di IG. Kalau dah semua sedih gembira upload di IG maknanya nak orang ambil tahu. Jadi tak heran la, netizen sibuk sebab diaorg yang buka ruang membolehkan orang menyibuk. So, kalau tak nak netizen nyibuk, jgn jadi artis.

    • Anonymous says:

      Anon 1.11 dan Anon 1.31

      Hahaha sentap you all…anon2 ni mesti antara netizen yang kepohci, suka menyibuk hal2 artis….

      lol hahahaha sentap….

  2. faraj says:

    Lelaki yg panaz baran ni , berani gan pompuan jerrrr…menyalak jer lebih…Lelaki panaz baran ni suka ketok kepala mak mereka ( Mak Sendiri pun dia buli)..sebenar nya Lelaki panaz Baran ni Penakut..!! dari kecik dia suka buli Mak dia jer, sebab tu org lelaki Panaz Baran ni suka pukul Pompuan..!!

  3. bong cit says:

    dh berbaik nak kongsi sweet korg ke…smpn la jgn jd kali kedua masing2 meroyan dlm IG…

  4. Anonymous says:

    ALHAMDULILLAH. selamat lagi 1 masjid.

  5. Anonymous says:

    Nak jual apa ini ya … berlakun apa pula ini…. lepas tu meroyan….