Usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli telah memuat naik video memaparkan anak bongsunya di laman Instagram, baru-baru ini.
Menerusi video tersebut, anak perempuan bongsu kepada Kak KM itu dilihat menolak tangannya dan mencium di bahagian ketiak.
Malah, usahawan itu turut memaklumkan kesemua anaknya memang berperangai sebegitu dan bertanyakan kepada netizen sama ada mereka mempunyai perangai yang sama.
Siapa perangai macam ni?
View this post on Instagram
Namun, lain pula yang menjadi perhatian orang ramai apabila video tersebut turut memaparkan keadaan rumahnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah meluahkan rasa kurang senang melihat keadaan rumah Kak KM yang berselerak dengan longgokan baju di atas almari.
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir pihak yang menyatakan mereka juga mempunyai perangai yang sama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.