Seperti yang ramai tahu, pelawak dan penyampai radio, Shuib bakal mendirikan rumah tangga bersama kekasih hati, Watie Hanifiah pada Jun ini.
Baru-baru ini, Watie memaklumkan bahawa dia sudah bersedia untuk menghadapi ujian dalam rumah tangga.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, usahawan itu berpendapat bahawa setiap perangai pasangan adalah merupakan salah satu bentuk ujian yang sudah ditetapkan oleh-Nya.
Kita dapat pasangan yang buat perangai, kita kena fikir macam ni, apa pun yang dia buat perangai, Allah yang gerakkan hati dia.
Menurutnya lagi, dia lebih mudah menerima perangai pasangan apabila mengingati bahawa itu merupakan ujian yang perlu dilaluinya untuk terus bersabar.
Bila kita fikir macam tu kita takkan marah sebab Allah yang tentukan perangai dia macam tu untuk tengok kita sabar tak dengan dugaan yang Allah bagi.
@inayahbeautytrading Kami doakan Watie dengan si “Dia” sedia menghadapi dugaan? #watie #watiehanifiah #shuibsepahtu #fyp #berryfull #fyp? #fypage #fyp??viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypdongggggggg #fypgakni #fypdong #fypgakni #fypindo #tiktokindo #indo #tiktoksukma #sembangentertainment #foryoupage #foryoupageofficiall #shouldbeme #tiktokavatar #Makanlokal #10Bersama #makeup #beauty
Meninjau di ruangan komen, ada segelintir netizen yang bersetuju dengan pendapat yang diberi oleh Watie dan mendoakan agar dia dan Shuib segera disatukan.
Namun, ada juga yang mengatakan usahawan itu hanya pandai berkata-kata memandangkan dia masih belum berumah tangga.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.