Kongsi Tips Rumah Tangga Bahagia Dan Cara Hargai Pasangan,”Kalau Nak ‘Happy’ Dan Tak Sakit Hati, Kita Cari Kelebihan Dia,” – Sheira Ayob

Hiburan

Kongsi Tips Rumah Tangga Bahagia Dan Cara Hargai Pasangan,”Kalau Nak ‘Happy’ Dan Tak Sakit Hati, Kita Cari Kelebihan Dia,” – Sheira Ayob

Setelah hampir 9 tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Sheira Ayob baru-baru ini berkongsi tips kebahagiaan rumah tangga dan cara-cara menghargai pasangan menerusi laman instagram miliknya.

Menurut Sheira, sepanjang berkahwin dia tidak pernah menyuruh suaminya yang juga pelakon, Zahiril Adzim melakukan kerja rumah yang bukan kepakarannya.

Advertisement

Namun, menurut Sheira, Zahiril sering membantu dirinya dalam urusan menggosok baju di rumah.

“Aku tak pernah paksa dia (Zahiril) masak sebab aku tak nak makan maggi hari-hari. Hehe Tapi bab iron baju ni bila aku minta toling, jarang lah dia tak buat.,”

Shiera turut menambah bahawa jika ingin bahagia dalam rumah tangga, haruslah mencari kelebihan yang ada pada pasangan masing-masing.

View this post on Instagram

240520 . Selamat Hari Raya! . Kuih raya dah habis ke tuuu ?

A post shared by Shera Aiyob (@sheraaiyob) on

“Bersyukur dan hargai pasangan kita. Kalau nak happy dan tak sakit hati, kita cari kelebihan dia. Yang mana kurang, kita sama-sama baiki. Ecehhh!”

Peminat dan pengikut yang mengikuti entri berkenaan rata-rata memuji dan bersetuju dengan tip yang diberikan Sheira itu.

Pasangan bahagia itu yang berkahwin pada 20 November 2011 yang lalu telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Nadi Anaqi yang kini berusia 9 tahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...