Baru-baru ini, usahawan dan selebriti, Neelofa ada berkongsi di akaun Instagram perniagaannya iaitu Naelofar tentang tips pertahanan diri untuk wanita.
Video tersebut turut menunjukkan temu bual dan demonstrasi ringkas dengan seorang jurulatih iaitu Faeznur Farok atau dikenali sebagai @bennyyenny.
View this post on Instagram
Hantaran itu mendapat perhatian di mana sesetengah individu suka melihat gelagat Neelofa namun ada juga yang perasan dengan penampilan isteri kepada Haris Ismail itu.
Beberapa individu menegur tentang Neelofa dan membuat tekaan bahawa usahawan tersebut kini sedang berbadan dua kerana baju dipakai menampakkan ‘baby bump’.
Dah lama tak muncul, sekali mengandung lagi ye Lopa…