Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri baru-baru ini berkongsikan mengenai sesuatu yang ‘panas’ di laman Instagram miliknya.
Namun, perkongsian tersebut telah mengundang kritikan daripada netizen dan juga pengikut media sosialnya kerana Aliff Syukri didakwa telah memberi tips dan panduan ‘malam pertama’ secara terbuka.
Tampil tidak berbaju dan hanya bertuala, usahawan itu berkongsi tips-tips tersebut dan sempat mempromosikan produk terbarunya yang dikeluarkan khas untuk kaum lelaki.
“Tips malam pertama untuk pasangan baru berkahwin tag pasangan anda..siapa setuju sila komen di bawah.” tulis Aliff di bahagian kapsyen.
Meninjau ruangan komen, ramai netizen berpusu-pusu meninggalkan komen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan iklan berbaur lucah tersebut.
Namun begitu, ada juga yang mempertahankan tindakan usahawan itu dan menganggap ianya sebagai satu info dan pelajaran.
“Education. Kalau mindset kotor ya fikir tak elok. Kalau jenis open minded ya fikir ni education. Ok.” komen seorang netizen.