Pelakon tinggi lampai, Datin Eina Azman berkongsikan tips untuk kekal ramping dan mengekalkan berat badan kepada peminat serta pengikut media sosialnya, baru-baru ini.
View this post on Instagram
Kata Eina, dia hanya makan nasi dua kali dalam tempoh sebulan untuk mendapatkan saiz pinggang idaman.
Pelakon drama The Maid ini mendedahkan perkara itu menerusi Instagram Stories ketika menjawab persoalan peminat dalam segmen ‘Ask Me Question’.
“Saya jaga makan sebab saya nak makan lebih banyak. Saya suka sangat makan nasi tapi nasi tak suka saya. Setiap kali makan nasi je badan akan terus naik berkilo-kilo. Jadi sekarang ni saya cuma makan nasi dalam sebulan dua kali sebab jaga berat dan pinggang idaman saya.”
Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman,26, ini telah ditanyakan soalan sama ada dirinya seorang yang mudah untuk naik berat badan.
Tambah ibu kepada dua orang anak ini lagi, dia memilih buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai pengganti nasi jika kelaparan.
Sekadar info, Eina telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah pada 31 Ogos 2014 yang lalu. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan sepasang kembar iaitu Karl Kareef dan Arianna Aubrey yang kini sudah berusia lima tahun.