Kongsi Teaser Lagu Raya, Aliff Syukri Akan Keluarkan Jika Dapat Permintaan Tinggi

Hiburan

Kongsi Teaser Lagu Raya, Aliff Syukri Akan Keluarkan Jika Dapat Permintaan Tinggi

Setelah sekian lama, jutawan kosmetik yang dikenali orang ramai Datuk Seri Aliff Syukri kembali mencuri perhatian netizen apabila beliau berkongsikan teaser lagu raya nyanyiannya yang akan dikeluarkan jika mendapat permintaan tinggi dari orang ramai.

Di laman Instagram Aliff Syukri, terdapat satu video pendek dikongsi oleh dirinya yang sedang menyanyi dan berharap agar mendapat komen jujur dari pengikut-pengikutnya.

Advertisement

Menerusi perkongsian video pendek itu, Aliff Syukri terlihat sedang berusaha untuk mengembirakan hati mereka yang tidak dapat balik ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarga dengan lagu raya yang dinyanyi olehnya.

Di ruangan komen, terdapat pelbagai pendapat daripada netizen mengenai nyanyian Aliff Syukri,

Diam Datuk, diam

Datuk memang tengah gembirakan saya. Sebab saya tak boleh balik kampung, dari menangis terus tergelak lepas dengar datuk nyanyi.

Antara komen yang menyokong Aliff Syukri,

Tak sabarnya. Please datuk buat full album macam Tokti. Mesti best platinum setanding artis-artis legend dulu. Sekali datuk bukak mulut, tercampak BBNU di luar sana.

Perkongsian video tersebut telah meraih hampir 230,000 ribu tontonan daripada pengikutnya.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...