Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kongsi Tarikh Sama Dengan Anak Sulung, Hafidz Roshdi Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

Pelakon bertubuh sasa, Hafidz Roshdi dan isteri dilaporkan telah selamat menimang cahaya mata kedua yang kali ini merupakan bayi lelaki pada tanggal 9 September 2020.

Yang menarik perhatian, anak kedua pasangan ini telah berkongsi tarikh kelahiran yang sama dengan anak sulungya, Humairah yang kini berusia 3 tahun.

Advertisement

“Alhamdullilah, sama date, sama baju. Little beast is here. Sepasang, boy a& girl. Allah is the best planner,”

Dia yang berkongsi berita gembira itu ruangan instagram miliknya telah dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat dan juga rakan artis yang rata-rata gembira dengan kedatangan cahaya mata baru itu.

Advertisement

Malah, Hafidz turut memakai baju yang sama ketika dia menyambut kelahiran anak pertamanya pada 9 September 2017, kira-kira tiga tahun lepas.

Sekadar info, Hafidz Roshdi telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya , Nurul Shuhada Mat Shukri pada tanggal 30 April 2016 yang lalu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top