Kongsi Skill Smash Di Akaun TikTok, Rupanya Ini Antara ‘Trick Shot’ Kegemaran Pemain Badminton Negara!

Berita

Kongsi Skill Smash Di Akaun TikTok, Rupanya Ini Antara ‘Trick Shot’ Kegemaran Pemain Badminton Negara!

Siapa dekat sini peminat sukan badminton, kita geng! Sekarang ni, skuad badminton negara sedang berentap di  PETRONAS Malaysia Open 2023 (PMO 23) yang berlangsung di Axiata Arena. 

Kalau tanya kami, kami legit tak sabar nak tengok ‘trick’ smash yang padu daripada Izzuddin dan Sze Fei, serta ketangkasan skill daripada beregu #teamChipmunk! Confirm masyuk! 

Advertisement

Cakap pasal trick dan skill ni, anda mesti tertanya-tanya kan apakah antara skill yang skuad badminton negara bawakan setiap kali ada perlawanan. Kalau anda nak tahu, jom kami kongsikan!

Aaron Chia & Soh Wooi Yik Kongsi Trick Kesukaan

Sebut saja tentang beregu Chipmunk, confirm anda tahu pasangan beregu nombor 3 dunia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik betul tak. Pasangan beregu ini telah merangkul pingat gangsa di Sukan Olimpik Jepun baru-baru ini, menjadikan ia pencapaian tertinggi mereka tau! 

Untuk pengetahuan, menerusi akaun TikTok PETRONAS, beregu ini kongsikan trick dan skill yang mereka gunakan semasa perlawanan badminton di mana Aaron Chia gemar menggunakan Forehand Smash, manakala Soh Wooi Yik pula menggunakan skill Backhand Smash. Fuhh, terbaiklah!

Manakala, untuk skuad badminton negara yang lain pula, mereka juga akan berkongsi trick kesukaan mereka. Jadi, kalau nak tahu lebih lanjut, jangan lupa untuk ikuti akaun TikTok Petronas sekarang! 

Bukan itu saja, mereka turut membaca setiap ciapan yang anda ciapkan di Twitter di bawah #GemilangkanLagi sebagai kata-kata semangat untuk menemani mereka setiap kali perlawanan berlangsung! Haa, setiap kata-kata anda amat mereka hargai tau!

Jangan lupa untuk menciap banyak-banyak dan bagi kata-kata semangat untuk skuad badminton negara menerusi #GemilangkanLagi serta #PETRONASMalaysiaOpen2023 okay?!

Paling penting, kalau anda nak tengok lebih banyak lagi content-content menarik daripada skuad badminton negara, jangan lupa untuk ikuti media sosial TikTok PETRONAS sekarang!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...