Kongsi Resipi Pengat Pisang, Ira Kazar ‘Berbalah’ Dengan Netizen – “Bagi Sol Makan Pisang Dah Cukup”

Hiburan

Kongsi Resipi Pengat Pisang, Ira Kazar ‘Berbalah’ Dengan Netizen – “Bagi Sol Makan Pisang Dah Cukup”

Nampaknya Ira Kazar sudah mula ‘memunculkan’ diri dan dilihat aktif di TikTok untuk berkongsi video resipi masakan yang dimasaknya.

Malah, ramai wanita dilihat makin menyukainya dan turut memuji isteri pengarah terkenal tersebut meskipun sebelum ini terpalit dengan isu merampas suami orang.

Advertisement

ira kazar puteri sarah
1 year ago

"Dekat Mana Aku Buat Akaun Palsu?" - Dituduh Ganggu Puteri Sarah, Ira Kazar Tampil Pertahankan Diri

Terbaru, perkongsian Ira tentang video resipi pengat pisang mendapat perhatian ramai warganet apatah lagi dia dikatakan berkongsi tips yang tidak diketahui ramai.

Menerusi hantaran itu, Ira mendedahkan tips supaya pisang tidak hancur adalah dengan menggunakan air kapur dan rata-ratanya warganet berterima kasih kepadanya.

Ira juga nampak rajin membaca dan membalas komen warganet malah kebanyakan video masakan dimuat naik olehnya meraih lebih 1 juta tontonan.

Namun, anak kepada Kazar Saisi itu dilihat ‘berbalah’ dengan seorang individu yang dilihat seperti sengaja ‘mencari pasal’ dan mahu membuatkan Ira bengang.

Ini content. Bukan hari ini masak, hari ini terus post. Yihh.

komen

Sementara itu, ramai yang memuji kelembutan suara isteri Syamsul tersebut dan sesetengah daripada mereka akui menyukai trademark Ira menyebut ‘Hello everyone’.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...