Biarpun masih belum mengetahui apakah keadaan sebenar yang membelenggu kisah rumah tangga pasangan selebriti antara aktres Puteri Sarah Liyana dengan pelakon dan pengarah Syamsul Yusof, namun kedua-dua mereka seakan memberi bayangan bahawa rumah tangga yang dibina sekitar 6 tahun lalu bagai kian dihantui masalah.
Menguatkan lagi spekulasi hubungan rumah tangga mereka kian retak, Puteri Sarah khabarnya dilihat seolah mahu membongkarkan punca berlakunya pergolakan tersebut apabila beliau tampil berani berkongsi petikan berkaitan dengan curang kepada umum.
“Curang adalah pilihan. Bukan kesalahan. Curang ni perlu kerja keras, kena padam semua mesej, sentiasa ‘lock’ phone, kena fikir ayat untuk tipu. Terlalu susah untuk curang. Lebih baik setia.”
Dalam pada itu, menerusi posting yang berbeza, Puteri Sarah berharap agar tahun 2021 akan memberi kebahagian terhadap dirinya dan anak-anak.
“Tiga bulan menjelang tahun 2021, semoga masa depan yang lebih baik dan bahagia bagi saya dan anak-anak. Menuju ke arah kehidupan yang lebih baik…Insya-Allah.”
Terdahulu, media melaporkan kelibat Puteri Sarah tampil serba hitam di kawasan pejabat agama menarik perhatian orang ramai yang kebetulan berada di situ.
Meskipun tidak mengetahui tujuan sebenar kehadirannya di tempat kejadian, namun it, Puteri Sarah difahamkan hadir bersama ibu mentuanya ke bahagian undang-undang keluarga.
Lebih perit, di Instagram Syamsul juga kali terakhir beliau memuat naik foto bersama isteri dan anak-anak pada Mei lalu, manakala, foto bersama isterinya pula dilihat sekitar November tahun lalu.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah telah selamat menjadi pasangan suami isteri pada 8 Mac 2014. Hasil perkahiwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam dan Sumayyah.