Penyanyi Eda Ezrin, berkongsi pengalamannya ketika berada di Penjara Narathiwat, Thailand selepas ditahan atas dakwaan memiliki 6,059 pil yaba (methamphetamine) pada November tahun lalu.
Menerusi siaran langsung TikTok, penyanyi Bae Sobar Bae tersebut menceritakan situasi dan suasana harian yang dijalaninya di sebalik tirai besi itu.
Kongsinya, penjara tersebut mempunyai kipas dan televisyen malah kehidupannya sedikit sebanyak sama seperti yang dijalani sebelum itu.
Mandi sepatutnya lapan gayung je tapi saya mandi air hujan sebab tak cukup air. Saya gosok gigi pun macam biasa seperti di rumah. Puasa pula yang Islam diasingkan, cuma kena ambil makanan dan tulis makanan apa yang kita nak ambil kemudian.
Bukan itu sahaja, penyanyi berusia 30 tahun tersebut turut berkata banduan di sana dibenarkan untuk membeli barangan jualan seperti biskut, minyak wangi dan alat solek.
Eda juga mendedahkan selama sembilan bulan di penjara berkenaan, dia ditempatkan bersama kira-kira 50 orang banduan yang lain.
Yang penting ada duit dalam akaun. Satu bilik ada 50 orang tetapi bagi yang sudah dijatuhkan hukuman, mereka ke bilik lain dan jumlah tahanan akan berkurang.
@akidmeow Replying to @Rahim eda ezrin menceritakan pengalaman di dlm penjara thailand dimana 50 org di dalam 1 bilik penjara #edaezrin #penjara #penjarathailand #fyp ♬ original sound – CIKSRI
Hantaran itu meraih perhatian ramai di mana rata-ratanya menegur Eda seolah-olah bangga bercerita kisah yang disifatkan mereka sebagai memalukan.
Ujar mereka, memandangkan dia kini sudah memulakan episod baru dalam kehidupannya jadi tidak perlulah buka cerita tentang kisah lama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.