Penyanyi dan juga pelakon, Alif Satar memberitahu bahawa dia akan menggunakan pengaruhnya sebagai seorang artis dalam usaha untuk memberikan kesedaran dan informasi kepada masyarakat di luar sana mengenai pandemik COVID-19.
Alif menjelaskan bahawa dia banyak menerima kiriman mesej peribadi menerusi media sosialnya yang meminta dia untuk tampil berkongsikan pengalaman sepanjang dia mendapatkan rawatan COVID-19 itu.
Pemilik nama sebenar Muhamaad Alif Mohd Satar,30, ini turut memesan kepada orang ramai di luar sana agar tidak memandang serong terhadap bekas pesakit COVID-19.
View this post on Instagram
Alif yang ditemui media pada majlis sidang media AME2020 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad lalu katanya bakal tampil dengan sebuah video yang memaparkan pengalamannya dijangkiti wabak pandemik itu serta tempoh kuarantin yang dijalani sepanjang dua minggu di Hospital Melaka.
“InsyaAllah dalam minggu ini saya akan kongsi dokumentasi perjalanan saya selama 12 hari dalam hospital. Kandungan video itu akan lebih tertumpu pada segi mental sepanjang tempoh kuarantin. Saya tak sabar nak kongsikan di saluran Youtube saya nanti.”
View this post on Instagram
Alif dalam pada itu turut mengharapkan agar perkongsiannya itu dapat memberi sedikit manfaat dan ilmu pengetahuan buat mereka di luar sana yang masih memandang remeh mengenai isu COVID-19 ini.
Sumber : mStar Online