Kisah penceraian Intan Liana bersama bekas suaminya, Ude pernah menjadi bualan hangat suatu ketika dahulu. Meskipun sudah beberapa tahun berlalu, Intan sehingga kini masih menerima sokongan daripada orang ramai yang mahu melihat dirinya bahagia.
Terbaru, Intan Liana Saleh atau lebih dikenali sebagai Bonda menarik perhatian pengikut Instagram apabila memuat naik momen bahagia bersama seorang jejaka. Dalam hantaran itu, dia mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa seharian melayan dua orang anak lelakinya.
View this post on Instagram
Meskipun tidak memperkenalkan siapakah lelaki tersebut, pengikut seolah-olah dapat meneka hubungan baik yang berputik di antara mereka. Pengikut turut meluahkan rasa teruja melihat Intan yang sangat ceria di samping anak-anak.
View this post on Instagram
Di kesempatan itu, pengikut mendoakan semoga hubungan mereka kekal selamanya. Kalau ada jodoh, cepat-cepatlah naik pelamin, betul tak? Walau apa pun status hubungan di antara mereka, diharapkan yang terbaik sahaja buat ibu kepada dua anak ini.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.