Kongsi Matlamat Sama Cari Redha Allah, Mizz Nina Sah Nikah Dengan Lelaki Pilihan Hati

Hiburan

Kongsi Matlamat Sama Cari Redha Allah, Mizz Nina Sah Nikah Dengan Lelaki Pilihan Hati

Siapa sangka bekas penyanyi, Mizz Nina sudah menamatkan zaman ibu tunggal setelah dirinya umum sudah sah bernikah dengan lelaki pilihan hati, Essam Muhammad.

Melalui hantaran Instagram, Mizz Nina tidak memberitahu secara jelas mengenai tarikh nikah berlangsung dan hanya berkata ia berlaku sekitar suku tahun 2023.

Advertisement

Mizz nina kahwin

Menurutnya lagi, pernikahan bersama suami dilakukan secara tertutup, dimana hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan terdekat dan majlis persandingan pula akan diadakan di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Sempat meluahkan rasa syukur, ibu kepada seorang cahaya mata ini berkata Allah SWT merupakan sebaik-baik perancang dan telah mengaturkan segalanya dengan sempurna.

Mizz nina kahwin

Tambahan lagi, dengan restu kedua-dua belah pihak, pasangan tersebut disatukan di mana mereka berkongsi matlamat serta aspirasi yang sama dalam hidup iaitu mencari keredhaan Allah SWT.

Sebelum ini, Mizz Nina dan penyanyi, Noh Salleh mengumumkan perkahwinan yang dibina selama 11 tahun berakhir selepas memilih untuk berpisah pada Ogos 2022.

2 years ago

"Banyak Benda Tak Terluah" - Netizen Sebak Tengok Mizz Nina Menangis Bagi Ceramah Tentang Penceraian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...