Antara selebriti yang ceritanya sering menjadi bualan ramai adalah Nora Danish, tidak dapat dinafikan tahun ini memang banyak kontroversi dan gosip mengenai beliau terutama sekali tentang kisah cinta beliau.
Sebelum ini semasa beliau masih begelar kekasih kepada Nedim Nazri, boleh kata hampir setiap hari Nora akan berkongsi apa yang beliau lakukan bersama kekasihnya itu termasuklah meluahkan kata-kata yang “sweet†dan romantis. Walaubagaimanapun, bukan semua orang yang senang melihat mereka berdua bahagia, ada pihak yang mendakwa Nora terlalu mendedahkan kisah cintanya kepada umum.
Namun, Nora menganggap mereka cuma cemburu dengan beliau. Niat sebenar beliau memberitahu Nedim adalah kekasihnya kerana ingin mengelak fitnah.
Saya akui kesilapan itu. Dilihat terlalu asyik bercinta juga tidak elok. Mungkin lebih bagus selepas ini, saya memilih untuk tidak berkongsi semuanya kepada orang ramai. Selama ini, saya memberitahu kepada umum bahawa Nedim adalah kekasih saya hanya untuk mengelak fitnah.
Biar orang tahu hati saya sudah dimiliki kerana lima tahun menjanda, ramai yang beranggapan saya hanya mengharapkan kasih bekas suami, Jejai. Sebab itu, tidak mahu bercinta lagi. Padahal, saya ada kekasih cuma tidak mahu menunjuk-nunjuk. Apabila terlalu berkongsi macam sekarang, lain pula jadinya.
Buat Nora, media sosial kini sudah menjadi gelanggang untuk orang ramai mencari kesalahan seseorang dan dengan mudah mereka memberikan komen yang agak kasar sekaligus mencalarkan imejnya.
Berbicara mengenai perpisahan beliau bersama Nedim baru-baru ini, Nora menjelaskan beliau tidak pernah mengeluarkan air mata atas apa yang sudah berlaku mahupun merasa sedih kerana mereka membuat keputusan membawa haluan masing-masing dengan baik.
Benda ini buat saya kuat. Perpisahan saya dengan Nedim sebenarnya dibuat secara baik. Kami juga masih berjumpa kerana saya tidak mahu bergaduh. Saya akan menjadi kawannya seperti biasa, tidak berdendam. Semua ini, kami buat untuk kebaikan masing-masing. Tentang perasaan, saya tidak pernah bersedih kerana ia tidak berpunca daripada orang ketiga tetapi atas kerelaan masing-masing.
Baguslah kalau Nora Danish tidak mahu bermusuh dengan Nedim Nazri. Boleh tahan kental juga kan hati Nora ni, orang lain kalau dah bercinta bagai nak rak bila putus je confirm lah sedih dan menangis kaw-kaw. Heh?