Kongsi Keadaan Terkini Bapa, Amir Raja Lawak Mahu RM18K Dibayar ‘Lump sum’ – “Makin Uzur, Dia Tak Boleh Jalan…”

Hiburan

Kongsi Keadaan Terkini Bapa, Amir Raja Lawak Mahu RM18K Dibayar ‘Lump sum’ – “Makin Uzur, Dia Tak Boleh Jalan…”

Amir Raja Lawak berkongsi keadaan terkini bapanya yang menghidap kanser usus dan berharap isu tunggakan bayaran daripada stesen televisyen Awesome TV dapat diselesaikan kepadanya dengan baik.

Tulis pelawak berusia 36 tahun itu di akaun media sosial, dia memerlukan bayaran tunggakan berkenaan sebagai persediaan untuk menampung kos rawatan bapanya, Azmi Deris.

Advertisement

Penyakit kanser memerlukan kos rawatan yang mahal jadi saya perlu sediakan wang. Kalau nak pakai duit baru saya minta, pasti akan lambat mereka berikan.

Keadaan bapa makin uzur

Kata Amir, meskipun sebelum ini dia bersetuju agar bayaran itu dibuat secara ansurans namun dia kini mahu pihak Awesome TV membayarnya sekaligus selepas mendapat tahu keadaan kesihatan bapanya semakin membimbangkan.

Dalam keadaan begini, saya memang memerlukan baki bayaran RM18,000 itu. Keadaan bapa saya sekarang makin uzur, dia tak boleh berjalan. Kalau dahulu dia masih boleh bangun tetapi sekarang dia akan mudah terjatuh. Dia pernah terhantuk di dinding dan terjatuh dari kerusi.

Pada masa yang sama, Amir meluahkan rasa syukur kerana menerima pelbagai bantuan dan sokongan ramai termasuklah rakan-rakan artis selepas isu berkenaan tular.

Saya tidak mengetahui berapa jumlah wang yang mereka berikan kerana sumbangan dikreditkan terus ke akaun bapa.

Amir Raja Lawak

Dalam pada itu, Amir berkata dia memilih untuk tidak mengulas lanjut tentang tindakan undang-undang daripada pihak Awesome TV kerana perbincangan antara mereka akan dibuat.

Buat masa sekarang saya perlu lebih berhati-hati untuk keluarkan sebarang kenyataan, tapi seandainya ada sebarang makluman pasti saya akan tulis (di media sosial).

zizan bantuan
2025-08-12 11:37:45

Zizan Razak Beri Bantuan Pada Amir Raja Lawak Tapi Ada Tak Puas Hati - "Aku Minta Tolong Tak Dapat Pun"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OHBULAN

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...