Kongsi Gambar Ulang Tahun Perkahwinan 25 Tahun, Netizen Kagum Sofea Jane Kekal Muda Macam Anak Dara

Hiburan

Kongsi Gambar Ulang Tahun Perkahwinan 25 Tahun, Netizen Kagum Sofea Jane Kekal Muda Macam Anak Dara

Tiga empat kali juga kami menggosok-gosok mata apabila melihat gambar ulangtahun perkahwinan jubli perak yang dikongsikan oleh Sofea Jane ini. Iyerlah, mana tidaknya. Wajah pelakon jelita ini kekal sama seperti 25 tahun yang lalu. Tak ada berubah walau sedikit pun. Malah tak melebih kalau dikatakan Sofea Jane yang sekarang lebih cantik berbanding ketika awal perkahwinan dulu. Inilah makna sebenar awet muda!

Advertisement

Berikutan perkongsian penuh bermakna ini, para netizen rata-rata telah memuji kejelitaan Sofea Jane yang tak lekang dek panas, tak basah dek hujan ini. Siap ada yang syak Sofea Jane adalah seorang vampire. Hehehe. Masuk akal gak kan sebab tak tua walau sikit pun.

Kami ingin mencadangkan agar Sofea Jane berkongsi tips-tips kekal muda yang diamalkan olehnya. Pasti ramai yang ingin tahu.

Apa pun, semoga Sofea Jane dan suami akan terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Sama-sama kita doakan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...