July 17th, 2020

Mendedahkan dirinya mengalami penurunan berat badan sebanyak sembilan kilogram baru-baru ini, penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menyatakan penurunan berat badannya itu merupakan hasil yang diperoleh selepas menjalankan diet keto selama lebih sebulan lamanya.

fazley yaakob diet keto

Menurut Fazley, selepas 40 hari, beliau mengalami penurunan berat badan sehingga mengakui ia merupakan satu perjalanan yang menakjubkan.

Justeru, beliau dilihat tampil berkongsi gambar penampilan terbaharunya yang kelihatan lebih kurus selepas mengamalkan diet keto.

View this post on Instagram

Finally.. my turn.. 40 days #KetoDiet I have lost 9kg in total. It has been an amazing journey Saya tetap akan sambung makan cara sihat supaya saya kekalkan badan macam ni, minda saya lebih fokus dan seluruh keluarga saya juga turut sihat insya allah! Ramai juga nak tahu apa cara dan menu yang saya amalkan ye tak? Saya siap boleh makan icecream, fastfood, malahan desserts tau! #SeleroketobyDFY

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Tambah Fazley, beliau bersama isteri dan anaknya berhasrat untuk menamatkan diet tesebut dan nekad untuk terus mengamalkan pemakanan secara sihat selepas ini.

“Saya tetap akan sambung makan cara sihat supaya saya kekalkan badan macam ni, minda saya lebih fokus dan seluruh keluarga saya juga turut sihat Insya-Allah!”

Malah, dirinya juga sempat berkongsi pencapaian anak lelakinya, Fariedz yang berjaya turun 8 kg selepas mengamalkan diet yang sama. Bahkan, isterinya Datin Azrene Ahmad juga tidak ketinggalan mengalami penurunan berat badan sebanyak 12 kilogram.

Sekadar informasi, diet keto merupakan diet yang baik untuk diamalkan oleh seseorang individu. Hal ini kerana, ia merupakan sejenis diet yang mengamalkan pemakanan rendah karbohidrat, namun tinggi pengambilan lemak.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...