Bertindak memuat naik foto dirinya berdiri menayang bahagian punggung di laman Instagramnya tempoh hari, pelakon Sharifah Sakinah mendapat kritikan hebat daripada pengguna media sosial yang mendakwa beliau seakan sengaja mahu menunjukkan bahagian badannya kepada khalayak ramai.
Meskipun belum reda dengan kisah itu, Sakinah bagaimanapun tampil memuat naik sekeping lagi foto memakai gaun seksi yang menampakkan bahagian dadanya. Meskipun dirinya tidak hirau akan kritikan pedas netizen, namun rata-rata pengikutnya seolah tekejut dengan foto tersebut. Lebih memeranjatkan peminatnya juga tidak putus menghentam Sakinah dan ada yang turut memintanya untuk memadam foto berkenaan.
Biarpun ada yang memuji kecantikan aktres tersebut, ramai dalam kalangan warganet mempersoalkan tindakannya itu. Hal ini kerana, wujud juga segelintir pihak menyatakan bahawa Sakinah kini dilihat semakin berani untuk tampil seksi tanpa memikirkan soal hukum dalam pemakaian mengikut ajaran Islam.
Tidak kurang juga, posting tersebut juga turut dibanjiri dengan komen lucah serta mengkritik saiz buah dadanya serta bentuk fizikal Sakinah.
Walau bagaimanapun, Sakinah yang popular dengan sikap profesionalnya itu, langsung tidak cepat melatah dan memekakkan sahaja telinga dengan segala kecaman yang menimpa dirinya. Malah, menjengah ke ruangan komen posting tersebut, ada juga dalam kalangan pengikutnya yang mengambil pendekatan untuk menasihatinya agar kembali ke pangkal jalan.