Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kongsi Gambar Tangan Lelaki Misteri, Mawar Karim Sudah Temui Pengganti Fizo Omar?

Pengusaha tudung terkemuka, Mawar Karim yang juga bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar baru-baru ini ada berkongsikan beberapa keping foto yang memaparkan dirinya bersama susuk tangan seorang lelaki misteri di laman Instagramnnya.

Mawar KarimSumber : Instagram Mawar Karim  

Namun, siapakah gerangan lelaki itu kekal misteri sehingga kini dan Mawar nampaknya hanya membiarkan peminat berteka-teki mengenai siapakah pemilik tangan tersebut.

Advertisement

Dalam pada itu, Mawar turut menulis beberapa coretan sempena kedatangan tahun baru 2021, semalam.

View this post on Instagram

A post shared by Mawar Karim (@mawar_karim)

“Wahai tahun 2021, saya mahukan lebih cabaran, berhubung dengan lebih ramai orang yang baik-baik, belajar sesuatu perkara yang positif dan menjadi lebih kuat. Selamat tinggal 2020.”

Tidak lama kemudian, Mawar akhirnya tampil menjawab persoalan peminat sama ada dia kini sudah bertemu pengganti bekas suaminya iaitu Fizo Omar.

Advertisement

Malah Mawar turut diajukan soalan sama ada dia akan kembali bersama pelakon drama Adellea Sofea itu namun Mawar hanya menyifatkan soalan itu terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

Instagram Mawar KarimSumber : Gempak.com  
Instagram Mawar KarimSumber : Gempak.com  

Mawar dalam pada itu sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka di luar sana yang memahami dan menyokong setiap perkara yang dilakukan olehnya.

Sekadar info, Mawar dan Fizo telah berkahwin pada November 2013 namun kecundang di tengah jalan. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

SUMBER : Gempak.Com
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Love u

    January 2, 2021 at 7:50 am

    Love u all. Contact i okay. I layan semua. 017-4502767

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama