Nama pelakon baharu iaitu Amir Ahnaf kini sedang meningkat naik selepas watak lakonannya Kahar dalam drama bersiri Projek High Council menjadi tular di media sosial.
Terkini, Amir sekali lagi mendapat perhatian orang ramai apabila memuat naik hantaran di laman Instgram miliknya memaparkan beberapa keping gambar di sebuah pantai di Terengganu.
Menerusi hantaran tersebut, pelakon berusia 23 tahun itu dilihat tidak berbaju dan hanya berseluar pendek ketika melakukan aktiviti snorkeling dan surfing di pantai tersebut.
Dok Tranung ah, kalu dok mandi patta.
Susulan itu, hantaran tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna Instagram terutama golongan peminat wanita.
Meninjau di ruangan komen, ramai diantara mereka yang seolah-olah tidak keruan melihat Amir tidak berpakaian dan memuji ketampanan pelakon berkenaan ketika mandi pandai.
Namun, ada juga segelintir netizen yang meminta pelakon yang berasal dari Terengganu itu untuk menjaga auratnya dengan baik.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.