Mula popular menerusi drama Jangan Benci Cintaku dan Pengantin 100 Hari, pelakon Amelia Henderson semakin mendapat perhatian ramai.
Meskipun jarang kelihatan di kaca televisyen, Amelia rajin berkongsi foto terkini beliau di akaun Instagram termasuklah percutian beliau di luar negara.
Bagaimanapun, beberapa hari lalu foto beliau berpakaian seksi mengundang pelbagai reaksi daripada netizen termasuk komen berbaur lucah. Foto tersebut sebenarnya adalah untuk tujuan promosi sebuah jenama pakaian dalam.
Sesetengah netizen merasa bengang dan malu dengan sikap lelaki ‘pervert’.
Rasanya tidak salah kalau Amelia sekadar ingin mempromosikan sesuatu, namun mungkin lebih baik untuk menutup ruangan komen pada ‘posting’ berkenaan. Sekarang ini bukan semua orang mampu berfikir positif, sebab itu ada sahaja komen yang tidak sepatutnya.