Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kongsi Gambar Peluk Tun Mahathir, Izara Aishah Tampil Mohon Maaf

Kecoh sambutan Aidilfitri baru-baru ini apabila Izara Aishah telah memuatnaik satu gambar “terlebih” mesra antara dirinya dengan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir. Gambar tersebut telah mendapat krtikan meluas daripada para netizen yang mempersoalkan tindakan Izara memeluk Tun Mahathir. Bagi netizen, ia satu perbuatan tidak menghormati Perdana Menteri dan boleh menimbulkan ruang untuk beliau dikritik oleh pihak pembangkang.

izara aishah peluk tun m

Advertisement

Enggan memanjangkan lagi isu tersebut, Izara Aishah telah pun memadan gambar tersebut daripada Instagramnya dan telah tampil membuat permohonan maaf. Menurut Izara, keterujaannya bertemu dengan Tun Mahathir ketika itu telah membuatkan dirinya tidak dapat berfikir kesesuaian menangkap gambar tersebut.

Kata Izara:-

Seperti kebanyakan rakyat Malaysia, saya sentiasa kagum setiap kali bertemu dengan Tun Mahathir. Perkara yang sama terjadi beberapa hari lalu, namun saya telah melakukan perkara yang terlebih apabila berkongsi gambar momen peribadi ketika berhari raya bersama beliau. Saya menyesali apabila sesetengah netizen telah memberi reaksi negatif terhadap gambar tersebut. Kepada Tun dan keluarga, saya memohon maaf atas sebarang kesilapan akibat perbuatan ‘terlebih’ saya itu. Maaf zahir batin

izara aishah peluk tun m

Advertisement

Abang Nara pun sekiranya dapat bertemu Tun Mahathir pasti tidak akan dapat mengawal rasa keterujaan. Namun kita perlu pandai membezakan gambar yang perlu dan tidak perlu dikongsikan untuk tatapan umum. Semoga Izara belajar daripada kesilapan ini. Kita perlu sentiasa berhati-hati memuatnaik sebarang gambar, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan pemimpin negara yang tercinta.

izara aishah peluk tun m

Apa pun sempena hari raya ini, marilah kita doakan agar Tun Mahathir terus diberikan tenaga untuk memacu Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih maju. Sama-sama kita doakan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

44 Comments

  1. Taksukagedik

    June 21, 2018 at 2:00 pm

    Izara ni memang sentiasa terlebih.pastu say sorry like come on.Jgn gedik sgt lah

  2. rollingeyes

    June 21, 2018 at 12:08 pm

    ni namanya nak tumpang glamer..kalo boleh nak mengaku kaum kerabat terus..tanya sejarah malaysia pon blom tentu tau kot.

  3. Anonymous

    June 21, 2018 at 11:04 am

    kesian adib dpt bini bimbo… kesian jgk dato K di kelilingi retis bimbo.. yg bagus pembawakan cuma menantu anak 1st humble & quiet… yg lain ni dah terikut mak iti

  4. mak cute

    June 21, 2018 at 10:36 am

    zaman artis menempel..ketara sgt lalangnya izara oi…lentok2 kat tun hasmah…dulu korg xda cmni…nak job 1 fmly pun agak la..still bkn muhrim ok…

  5. kak mah

    June 21, 2018 at 9:41 am

    gedik nk mampos.

Loading...
To Top