September 1st, 2020

Sedang hebat dilamun cinta, pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir sekali lagi memperoleh perhatian netizen apabila mereka berkongsi sebuah foto ‘mesra’ sempena menyambut Hari Kebangsaaan Malaysia yang ke-63 pada hari Ahad yang lalu.

Foto berlatar belakangkan hiasan tanaman berbentuk bendera Malaysia itu telah dimuat naik oleh Nabil Mahir menerusi laman instagram miliknya.

Ternyata, foto tersebut telah menerima pelbagai kecaman daripada netizen yang rata-ratanya beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dipaparkan berikutan mereka berdua masih belum berkahwin dan belum mempunyai ikatan yang sah.

“Selamat Hari Merdeka yang ke-63, Malaysia! Terima kasih kepada semua yang berkorban nyawa demi Malaysia dan kebebasan untuk kita semua. Kami sangat bertuah menjadi rakyat Malaysia,”

Dalam pada itu, ada juga sesetengah netizen membandingkan pasangan ini dengan penyanyi Syamel dan Ernie Zakri yang dilihat sentiasa menjaga batas antara satu sama lain meskipun baru saja mengikat tali pertunangan.

Mengimbas kembali, Nabil dan Ayda telah bertunang secara dalam talian (online) pada 28 April yang lalu gara-gara penyebaran wabak COVID-19 sejak bulan Mac yang lalu.


One response to “Kongsi Gambar Mesra Bersama Ayda Jebat, Netizen ‘Panas Hati’ Dengan Nabil Mahir -“Belum ‘Halal’ Dah Berpeluk Sakan..””

  1. anonymous says:

    ni stok korek korek jee,dah bosan dia cari la yg lain,melohong la anak pak jebat

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...