Bertindak berkongsi foto mesranya bersama suami di laman Twitter, pelakon dan pengacara Ain Edruce akui buntu akan sikap segelintir pengguna media sosial yang sentiasa mahu mencari kesalahannya.
Foto yang menyaksikan suaminya Amirul hafiz Mustaffa menciumnya di bahagian pipi sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke 29 lalu itu dituduh tidak tahu hukum hakam sebagai seorang Muslim.
“Ada orang takt ahu lagi agaknya yang saya dah kahwin. Ada yang kecam dan tanya kenapa post gambar cium-cium dengan boyfriend, kan berdosa… haram. Ada pula yang cakap saya kan dah ada suami kenapa post dengan lelaki lain ni.”
Menurutnya, tiada salahnya untuk berkongsi gambar mahupun momen indah bersama suami di media sosia. Hal ini kerana, beliau hanya menganggap netizen yang mengecamnya tidak memahami perasaan pasnagan berumah tangga.
“saya rasa tak banyak pun gambar suami saya di akaun media sosial saya. Saya nak belanja gambar suami sikit-sikit pun ada orang nak kecam.mungkin mereka tak kahwin lagi.”
Ujarnya lagi, segala kecaman yang dilontarkan kepadanya sudah dianggap perkara biasa kerana beliau sendiri akui tidak mampu memarahi pengguna laman sosial.
Biarpun sedih dan tertanggu dengan caci maki netizen, namun mengelak membaca komen di laman sosial miliknya merupakan salah satu cara untuk menghindari daripada berasa tertekan.
“Twitter dah jadi toksik. Tapi saya tak boleh nak marah setiap seorang. Cara sata senang saja… elak daripada baca komen.”
Untuk rekod, Ain dan Amirul telah selamat bergelar pasangan suami isteri pada 13 Disember tahun lalu. Sehingga kini, berita berkenaan Ain berbadan dua masih belum didengari.