Kongsi Gambar Bersama, Anak Fazura Raih Pujian Netizen

Hiburan

Kongsi Gambar Bersama, Anak Fazura Raih Pujian Netizen

Meskipun masih belum mendedahkan wajah anaknya secara keseluruhan, namun pelakon jelita Nur Fazura yang baru sahaja menimang bayi perempuan pada 2 Oktober 2020 lalu dilihat semakin terbuka berkongsi sedikit demi sedikit perkembangan anak sulung tersebut di media sosial.

Advertisement

Namun begitu, isteri kepada pelakon tampan Fatah Amin yang masih dalam  proses berpantang itu dilihat tampil memuat naik sosok tubuh bayinya yang bernama Nur Fatima Aisya di laman Instagram.

Susulan tindakannya itu, posting tersebut dilihat mendapat perhatian netizen dan sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi positif daripada para pengikutnya di laman berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan rasa teruja melihat keadaan fizikal Fatima yang kelihatan sangat sihat dan montel.

Bahkan, bayi itu juga tidak terlepas menerima pujian netizen kerana dilihat sangat comel dengan persalinan merah jambu yang digayakannya.

Untuk rekod, meskipun masih belum mendedahkan secara jelas wajah anaknya itu, namun sehingga kini, posting tersebut telah berjaya meraih lebih ratusan ribu tanda suka di laman Instagram.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...