Meskipun masih belum mendedahkan wajah anaknya secara keseluruhan, namun pelakon jelita Nur Fazura yang baru sahaja menimang bayi perempuan pada 2 Oktober 2020 lalu dilihat semakin terbuka berkongsi sedikit demi sedikit perkembangan anak sulung tersebut di media sosial.
Namun begitu, isteri kepada pelakon tampan Fatah Amin yang masih dalam proses berpantang itu dilihat tampil memuat naik sosok tubuh bayinya yang bernama Nur Fatima Aisya di laman Instagram.
Susulan tindakannya itu, posting tersebut dilihat mendapat perhatian netizen dan sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi positif daripada para pengikutnya di laman berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan rasa teruja melihat keadaan fizikal Fatima yang kelihatan sangat sihat dan montel.
Bahkan, bayi itu juga tidak terlepas menerima pujian netizen kerana dilihat sangat comel dengan persalinan merah jambu yang digayakannya.
Untuk rekod, meskipun masih belum mendedahkan secara jelas wajah anaknya itu, namun sehingga kini, posting tersebut telah berjaya meraih lebih ratusan ribu tanda suka di laman Instagram.